Site icon Sabah Baru News

Mohammaddin Ketapi Bantu Calon GRS -BN Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Datuk Mohammaddin Ketapi tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu yang dimenanginya atas tiket Parti Warian pada pilihan raya ke-14, namun beliau turun padang berkempen dalam pilihanraya Ke-15 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama itu membantu Calon Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) Datin Maizatul Akmam Alawi berkempen dan mendekati masyarakat di setiap pusat daerah mengundi Segama, Bukit Belacon, Ulu Segama, Tabanak, Jalan Segama North Road, Damroad dan Tengah Nipah.

Mohammaddin memenangi kerusi Lahad Datu (dulu dikenali Parlimen Silam) pada PRU ke-14 dengan memperolehi 23, 52 undi dengan majority 6,401 manakala calon BN Datu Nasrun Datu Mansur memperolehi 16,951 undi.

Beliau telah meninggalkan Parti Warisan dan menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Dalam kempen untuk calon GRS-BN kali ini, mantan MP Lahad Datu itu berhadapan dengan rakan lamanya dalam Parti Warisan Datuk Mohammad Yusof Apdal. Seorang lagi calon ialah Sia Yu Hock dari Parti Harapan.

Mohammaddin menyeru semua pengundi supaya memberi sokongan kepada calon GRS-BN yang mampu membawa perubahan kepada Lahad Datu jika diberi peluang menjadi wakil rakyat.

Calon bersama ahli-ahli Wanita GRS Lahad Datu.

Sementara itu Ketua Wanita GRS Lahad Datu, Puan Mizma Appehdullah mengingatkan pengundi Lahad Datu supaya terus memberi sokongan kepada Datin Maizatul dengan memastikan kemenangan BN-GRS dalam PRU15 kali ini.

Mizma yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Segama berkata, jika calon BN-GRS menang rakyat dapat menikmati limpahan pembangunan yang lebih baik selepas ini malah projek-projek pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang sebelum dapat diteruskan mengikut aspirasi rakyat.

–—- EDITOR

Exit mobile version