Site icon Sabah Baru News

Anak muda pencetus gelombang sokongan luar biasa kepada PN

KOTA BHARU – Sokongan anak muda adalah pencetus gelombang luar biasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pilihan raya kali ini menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia yang membentuk gelombang sokongan luar biasa kepada PN, terutama sokongan anak muda.

“Terima kasih kepada semua jentera yang sentiasa bersiap-sedia menerima arahan dan menjalankan tugasan dengan sebaiknya. Keikhlasan dan kesungguhan yang ditonjolkan membuahkan hasil yang lumayan melalui kemenangan besar PN dalam PRU15 ini.

“Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap masa dan tenaga yang dikorbankan demi menegakkan kebenaran di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang fasa pilihan raya dan memberi undi kepada kepimpinan yang bersih dan stabil untuk menerajui Malaysia.

“Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia semakin cakna dengan perkembangan semasa dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif fitnah yang dibawa oleh musuh. Sesungguhnya kemenangan PN adalah kemenangan rakyat Malaysia.

“Pemuda PN menyokong penuh pembentukan kerajaan PN yang bersih dan stabil di peringkat persekutuan dan akan terus komited berkhidmat demi kesejahteraan rakyat, seterusnya mengangkat aspirasi agama, nusa dan bangsa dengan sebaiknya.

Berita Bersatu

Exit mobile version