Site icon Sabah Baru News

GRS sokong Muhyiddin sebagai PM Ke-10

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN) dan parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia untuk membentuk kerjasama. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin semalam (20 Nov).

Hajiji (tiga kiri) semasa pertemuan dengan Muhyiddin (empat kiri) pada Ahad. Pertemuan itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui; Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

“GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.

“GRS mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN dan parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia untuk membentuk kerjasama. 

“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-wartaoriental

Exit mobile version