Site icon Sabah Baru News

Arab Saudi tewaskan Argentina, Raja Salman umum cuti

Pemain Argentina Lionel Messi meninggalkan padang ketika pemain Arab Saudi melakukan sujud syukur selepas mencatatkan kemenangan bersejarah ketika perlawanan Piala Dunia 2022. – Foto AP

RAJA Salman Abdulaziz al-Saud mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum di Arab Saudi bagi meraikan kejayaan skuad The Falcons menewaskan Argentina 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan C Piala Dunia di Qatar pada Selasa.

Cuti umum itu tertaktuk kepada semua pekerja kerajaan, sektor swasta serta pelajar di seluruh negara itu.

Arab Saudi yang menghuni tangga ke-51 dunia melakar kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia apabila menewaskan juara dunia dua kali, Argentina.

Gol kemenangan wakil dari Asia itu hasil ledakan Saleh Al Shehri dan Salim Al Dawsari, manakala gol saguhati Argentina dijaringkan pemain bintang, Lionel Messi.

Skuad The Falcons akan membuat perhitungan dengan Mexico dalam aksi kedua kumpulan pada Sabtu. – Sinar Harian

AWANI

Exit mobile version