Site icon Sabah Baru News

Hajiji, pemimpin kerajaan negeri bertemu Anwar di Putrajaya

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pejabatnya, di sini petang tadi.

Hajiji sekali lagi menyatakan sokongan serta memberikan kerjasama penuh kerajaan negeri dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.

Beliau yang juga pengerusi GRS berharap pertemuannya dengan Anwar dapat membincangkan mengenai kepentingan negeri dan menjadi permulaan yang baik bagi merapatkan hubungan kerja kedua-dua pihak.

KERJASAMA: Hajiji (tujuh kanan) bersama pemimpin kerajaan negeri semasa mengadakan pertemuan dengan Anwar.

“Hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar sangat perlu untuk kepentingan Sabah dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Rombongan Hajiji turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam; Presiden USNO, Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia; bakal Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.

Hamzah Sanudin

Exit mobile version