Site icon Sabah Baru News

Projek UWSS loji rawatan air Telibong II siap Feb 2023

KOTA KINABALU: Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Loji Rawatan Air Telibong ll dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari 2023. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury (gambar) berkata dengan siapnya loji rawatan air itu kelak, kerajaan dapat membekalkan air terawat sebanyak 10 juta liter sehari ke kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Tambahnya, kemajuan projek tersebut setakat 31 Oktober ini adalah 93 peratus.

Manakala, Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Loji Rawatan Air Telibong I yang kini mencapai 95 peratus, dijangka siap menjelang penghujung tahun ini.


“Loji rawatan air yang akan membekalkan air terawat sebanyak 5 juta liter sehari ini  dilaksanakan oleh konsesi air Jetama Sdn Bhd di bawah Penswastaan Bekalan Air Kota Kinabalu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.


Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas yang bertanya mengenai status cadangan pembinaan projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) LRA Telibong 1 dan UWSS LRA Tlibong 11.

wartaoriental

Exit mobile version