Site icon Sabah Baru News

‘Anak saya sudah jadi tengkorak hidup’

NORIZAN (kanan) dan Ismail menguruskan Muhammad Asyraf yang terlantar sakit di rumah mereka di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang sejak dua bulan lalu. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri tidak menyangka demam biasa yang dihidapi anak mereka menjadi parah apabila bukan sahaja pemuda itu terus terlantar, malah terpaksa menggunakan mesin oksigen untuk terus bernafas.

Norizan Mahasan, 54, berkata, dia terlalu hiba apabila melihat keadaan anaknya, Muhammad Asyraf Ismail, 24, seumpama tengkorak hidup apabila beratnya hanya tinggal 30 daripada 55 kilogram (kg) sebelum ini.

Katanya, segalanya bermula apabila anaknya disahkan menghidap penyakit kuman dalam paru-paru dan otak.

“Sebelum sakit, anak saya be­kerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang. Pada mulanya dia hanya demam biasa dan badannya lemah sebelum dibawa pulang dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Selepas 10 hari, dia dibawa pulang dan perlu menggunakan alat bantuan oksigen. Luluh hati saya lihat berat badan dia turun mendadak kepada 30 daripada 55 kg,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepan Jaya di sini baru-baru ini.

Menurut Norizan, ekoran itu dia perlu menguruskan kehidupan harian anak keenam daripada 10 beradik itu yang terlantar sakit sejak dua bulan lalu.

K!ONLINE

Exit mobile version