Site icon Sabah Baru News

COVID-19: Sekatan di Guangzhou dilonggarkan

Penduduk Guangzhou dilihat berjalan di sebelah kedai yang mula dibuka susulan kelonggaran sekatan COVID-19. – Foto AP


GUANGZHOU :
Suasana di daerah Haizu, wilayah Guangzhou, China kini kembali sibuk dengan beberapa sektor perniagaan dibenarkan beroperasi susulan kelonggaran sekatan COVID-19.

Kelonggaran bermula Rabu lepas memberi kelegaan buat 1.8 juta penduduk di daerah itu yang menyaksikan mereka terkurung sejak awal Oktober.

Daerah Haizu, kawasan paling teruk terjejas di Guangzhou dengan populasi 13 juta orang, merupakan kawasan panas terbesar kes COVID-19 di seluruh China sejak awal bulan lepas. 

Setelah sekatan dilonggarkan, keadaan trafik juga makin bertambah dengan orang ramai mengambil peluang untuk meneruskan rutin seharian.

Tapak ujian yang kebiasaannya menyaksikan barisan panjang kini dilihat kosong.

Walaupun penutupan di kebanyakan tempat ditarik balik, sekatan di kawasan berisiko tinggi masih kekal.

Guangzhou pada Khamis melaporkan 6,312 jangkitan tempatan.

AWANI

Exit mobile version