Site icon Sabah Baru News

Barisan Jemaah Menteri diumum petang ini – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir kerajaan pada Jumaat petang. – Gambar fail


IPOH:
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir kerajaan petang ini.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap selepas menyertai program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, sebaik Jemaah Menteri sudah disusun, beliau akan memanggil kesemua menteri tersebut untuk menghadiri mesyuarat khas pada Isnin ini.

“Saya akan panggil mesyuarat khas hari Isnin ini juga untuk menetapkan beberapa peraturan bagi Jemaah Menteri, cara mereka mengurus kementerian, cara mereka berdamping dan bekerjasama dengan penjawat awam.

“Cara mereka melakukan pengumuman dasar dan cara jimat, sebagai contoh, untuk tidak membelanjakan lebih daripada yang sepatutnya.

“Tujuan kita adalah pembangunan ekonomi. Saya bersyukur kerana kita sudah memperoleh keyakinan pelabur antarabangsa dan dalam negara. Kita lihat sebagai contoh, Ringgit sudah semakin kuat,” katanya.

Dalam ucapan sama, beliau sekali lagi menegaskan, tidak mahu melantik ramai menteri dan duta bertaraf menteri dalam barisan Kabinetnya.

— AWANI

Exit mobile version