Site icon Sabah Baru News

Tragedi Halloween Itaewon: Ketua Polis Seoul disoal siasat

Seorang anggota polis berkawal berhampiran timbunan bunga yang diletakkan sempena mengingati mangsa tragedi rempuhan festival Halloween di Seoul, Korea Selatan, 29 Nov 2022. – Gambar fail REUTERS

SEOUL: Ketua polis Seoul dipanggil untuk disoal siasat pada Jumaat sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan mengenai kejadian rempuhan maut di kejiranan Itaewon, Seoul.

Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Kim Kwang Ho tiba di ibu pejabat pasukan penyiasat khas di barat Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kim didakwa atas tuduhan kecuaian profesional, mengakibatkan kematian 158 orang pada 29 Okt.

Ditanya mengenai pertuduhan yang dihadapi beliau setibanya di bangunan itu, Kim hanya berkata, “Saya sedia menjalani siasatan tanpa menyembunyikan atau menambah sebarang fakta.”

Beliau adalah pegawai polis berpangkat tinggi yang dipanggil untuk disoal siasat selepas pasukan penyiasat itu mendapat waran menahan empat pegawai kanan pada Khamis. — BERNAMA 

AWANI

Exit mobile version