Site icon Sabah Baru News

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet

Ewon berkata, selama 60 tahun ini, Malaysia sememangnya telah mengecapi pelbagai pencapaian dan kemajuan dalam banyak sektor, tetapi masih berhadapan pelbagai isu dan cabaran.

Ewon berkata, beliau mengambil serius perihal serta isu-isu pembangunan rakyat di kawasan diwakili iaitu Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. – Foto fail

KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baru dilantik, Datuk Ewon Benedict akan meneruskan perjuangan khususnya dalam mengangkat isu-isu yang menyentuh hak negeri Sabah.

Ujar beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), beliau mengambil serius perihal serta isu-isu pembangunan rakyat di kawasan diwakili iaitu Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

“Sebagai salah seorang dari dua wakil dari Sabah, saya komited untuk mengangkat isu-isu rakyat dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan kabinet dalam mencari penyelesaian kepada isu-isu dihadapi khusus berkenaan dengan hak-hak Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. – Infografik oleh Muhammad Syazwam

Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

“Saya berbesar hati menyertai Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Kabinet lain dan berharap dapat bersama membina negara,” tambah beliau.

AWANI

Exit mobile version