Site icon Sabah Baru News

Kaedah menyeluruh akan dikaji bagi atasi masalah pengiat seni kreatif di Sabah

Noorliza (lima dari kanan), Chester Pang (Enam dari kanan) serta rombongan menunjukkan tanda ”Mini Love” sebagai simbol ”I Love KK” ketika mengabadikan gambar bersama.

KOTA KINABALU: Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) telah mengadakan Kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip di pejabatnya, kemarin. 

Rombongan KKFVA seramai 6 orang telah diketuai oleh presidennya Chester Pang.

Dalam kunjungan tersebut, Pang telah memberikan taklimat berkenaan aktiviti dan perkembangan KKFVA sejak penubuhannya pada tahun 2016. Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan beberapa permasalahan dan kegusaran yang dihadapi oleh penggiat-penggiat seni kreatif di Sabah terutamanya dalam industri perfileman.

Sementara itu, Noorliza telah memberi respon yang positif terhadap beberapa pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh rombongan KKFVA. 

Katanya, DBKK akan memberikan membantu melancarkan proses permohonan permit penggambaran di dalam kawasan jagaan DBKK. 

Selain itu, Norliza juga menyatakan DBKK akan  mengkaji beberapa kaedah yang lebih menyeluruh selepas merujuk kepada perundangan dan bidang kuasa DBKK seperti kadar bayaran lesen penggambaran diketegorikan mengikut skop penggambaran iaitu produksi dari luar Sabah, produksi tempatan, video muzik, kandungan media sosial dan sebagainya. 

“Produksi dari luar Sabah sama ada artis, pelakon atau pekerja belakang tabir perlu mendapatkan kelulusan permit JKM dan immigresen Sabah sebelum boleh membuat penggambaran di Sabah atau memohon permit dari DBKK”, kata Noorliza. 

“Pihak DBKK akan memanggil satu mesyuarat yang melibatkan agensi seperti Finas, persatuan kreatif dan pemegang taruh yang berkaitan untuk mendapatkan maklumbalas yang lebih komprehensif agar tindakan yang dibuat kelak dipersetujui dan diterima pakai oleh semua pihak”, ujarnya. 

Dalam pertemuan selama satu setengah jam tersebut, Noorliza turut meminta agar penggiat-penggiat filem Sabah turut membantu mempromosikan 7 komponen dalam kempen ”I Love KK” DBKK iaitu ”Clean KK, Green KK, Vibrant KK, Beautiful KK, Heritage KK, Liveable KK dan Healthy KK” supaya warga Bandaraya Kota Kinabalu dapat memanfaatkan peluang untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Bandaraya Kota kinabalu ini.

Turut hadir  ialah Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Rosnah Datu Tumai; Pengarah Hal Ehwal Korporat DBKK, Faradillah Hj. Abdul Rani; Pengarah Jabatan Pelesenan, Lizawana Matin; Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, Zainuddin Abd Goyoh; Ketua Bahagian Penyampaian Perkhidmatan DBKK, Norsarahana Zaki; Bendahari persatuan,  Samantha Wong; Penolong Setiausaha, Christina Fong; Ahli jawatankuasa persatuan, Mohd Hazrien Khamis; Ahli lembaga penasihat SCENIC, Sahara Usli, dan  Penerbit filem, Farrabe Abu Bakar. 

wartaoriental

Exit mobile version