Site icon Sabah Baru News

Uruguay, Ghana tersingkir Piala Dunia

Doha: Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia sekalipun menewaskan Ghana 2-0 selepas Korea Selatan meledak gol lewat dalam saingan Kumpulan H untuk mengetepikan cabaran wakil Amerika Selatan itu.

Giorgian De Arrascaeta meledak dua gol pantas pada babak pertama, dengan pemain berusia 35 tahun, Luis Suarez membantu mencipta gerakan menghasilkan jaringan itu.

Bagaimanapun, Suarez menamatkan perlawanan di bangku simpanan dalam keadaan menangis selepas mendapat perkhabaran berita mengenai kemenangan pada minit akhir Korea Selatan ke atas Portugal, bermakna wakil Asia itu mengatasi Uruguay di kedudukan kedua dalam Kumpulan H dengan jaringan.

Penyerang veteran, Suarez sudah menjadi tumpuan menjelang aksi itu kerana isu bola terkena tangan pada suku akhir 2010, yang menyebabkan Ghana tersingkir.

Namanya di ejek oleh sebahagian peminat Ghana apabila diumumkan oleh pihak stadium dan mendapat layanan yang sama ketika menyentuh bola.

Dia turut mendahului untuk bantahan selepas Ghana diberikan sepakan penalti pada minit ke 19.

Mohammed Kudus sudahpun dikesan berada dalam kedudukan ofsaid apabila menewaskan penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet. 

Pengadil Daniel Siebert kemudian mengubah keputusannya untuk memberi sepak percuma selepas pemeriksaan di monitor VAR.

Begitupun usaha dilakukan Andre Ayew berjaya diselamatkan oleh Rochet dan dengan peminat Ghana terdiam dan seakan tidak percaya, Uruguay mengecewakan mereka.

Percubaan Darwin Nunez juga berjaya dinafikan oleh Mohammed namun pada minit ke 26 De Arrascaeta meledak dari jarak dekat berpunca daripada gerakan bijak Suarez.

hmetro

Exit mobile version