Site icon Sabah Baru News

DBKK tutup kawasan tempat letak kereta depan Dewan Masyarakat Manggatal mulai 9 Dec

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara kawasan tempat letak kereta di hadapan Dewan Masyarakat Manggatal secara berkala untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Perayaan Krismas Manggatal 2022 anjuran bersama Majlis Gereja-Gereja Manggatal (MGGM) dan DBKK yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal pada 9-11 Disember 2022.

Mayor Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip mengumumkan ini dalam satu kenyataan hari ini.


“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh penutupan sementara tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aliran trafik,” katanya. Segala kesulitan amatlah dikesali.

wartaoriental

Exit mobile version