Site icon Sabah Baru News

77 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 77 kes baharu Covid-19 hari ini, naik satu kes berbanding kelmarin (76).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Maisdi Manjun berkata, terdapat peningkatan kecil kadar positiviti daripada 5.39 peratus kelmarin kepada 5.73 peratus hari ini dengan sampel ujian yang berjumlah 1,343 (1,536 semalam).

Menurutnya, Kota Kinabalu menjadi daerah tunggal yang merekodkan kes dua angka dengan 27 kes baharu, pertambahan lapan kes berbanding semalam. 

“Sembilan daerah tidak merekodkan kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Daripada 77 kes yang direkodkan hari ini, 76 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 4.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 27 (19)

Tuaran 8 (12)

Papar 4 (2)

Penampang 4 (8)

Putatan 4 (0)

Tambunan 4 (3)

Tawau 4 (5)

Kota Belud 3 (8)

Kota Marudu 3 (3)

Kuala Penyu 3 (4)

Sandakan 3 (4)

Telupid 3 (1)

Kudat 2 (0)

Beluran 1 (0)

Kalabakan 1 (0)

Keningau 1 (1)

Sipitang 1 (0)

Tenom 1 (0)

Beaufort 0 (0)

Kinabatangan 0 (0)

Kunak 0 (0)

Lahad Datu 0 (6)

Nabawan 0 (0)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (0)

Semporna 0 (0)

Tongod 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 09/12/2022)

Kluster Baharu

         Tiada 

UTUSAN

Exit mobile version