Site icon Sabah Baru News

Tanah runtuh Batang Kali: Father’s Organic Farm mohon maaf…

Pengurusan Father’s Organic Farm memohon maaf kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Pengurusan Father’s Organic Farm memohon maaf kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.

Dalam masa sama, Father’s Organic Farm turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat.

Father’s Organic Farm turut berkongsi rasa dukacita dan simpati mereka terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

“Hati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana.

“Kami juga mendoakan mangsa yang terselamat sembuh sepenuhnya dan jaga diri baik-baik,” kata Father’s Organic Farm dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook mereka, hari ini.

Father’s Organic Farm turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ke semua mangsa.

“Kami dengan rendah memohon maaf kepada semua mangsa terjejas akibat traged,” jelas pengurusan Father’s Organic Farm.

Selepas tiga hari kejadian menyedihkan itu berlaku, pihak berkuasa masih mengesan sembilan lagi mangsa yang hilang.

Sementara 24 nyawa lain terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu.

Tragedi tanah runtuh itu berlaku pada pukul 2.42 pagi Jumaat lalu di sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Genting – Batang Kali.

AWANI

Exit mobile version