Site icon Sabah Baru News

IDEAS kecewa Jazlan dilantik semula ke Felcra

PETALING JAYA: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi menyuarakan rasa kecewa dengan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi Felcra.


Dalam kenyataan, CEO IDEAS Tricia Yeoh berkata pelantikan semula Jazlan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Jemaah Menteri bersetuju menamatkan serta-merta pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan.


Katanya, adalah penting supaya kerajaan mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan umum terhadap institusi-institusi.


Pelantikan semula Jazlan yang juga ketua Umno Kelantan, diumumkan pada Sabtu oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno.


Zahid berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad. Katanya, biarpun Jemaah Menteri memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.


Mereka terjejas adalah dalam badan berkanun persekutuan dan syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, dan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan.

EDITOR

Exit mobile version