Home » Salt Bae diharamkan sertai festival muzik Los Angeles
Berita Am Berita Luar Negara

Salt Bae diharamkan sertai festival muzik Los Angeles

Salt Bae memegang trofi Piala Dunia di Stadium Lusail, Qatar baru-baru ini dan bergambar bersama Messi. – @nusr_et

LOS ANGELES – Gelagat cef selebriti terkenal, Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia menyebabkan dia diharamkan daripada menghadiri satu festival muzik di Los Angeles pada tahun depan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Selepas perlawanan akhir antara Argentina dengan Perancis tamat di Stadium Lusail, Qatar, baru-baru ini, cef itu memasuki kawasan padang untuk bergambar dengan bintang Argentina, Lionel Messi sambil memegang trofi Piala Dunia.

Tindakannya itu diselar kerana selain bergambar bersama Messi, dia turut merakam video dengan pemain Perancis, Kylian Mbappe serta bintang Poland, Robert Lewansowski.

Sebelum ini, dia dilarang daripada menghadiri kejohanan bola sepak Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Kini, penganjur festival muzik Rolling Loud di Los Angeles telah mengambil langkah pencegahan untuk menghentikan kehadiran Salt Bae.

“Kami juga telah melarang Salt Bae daripada Rolling Loud LA 2023 pada bulan Mac,” demikian menurut ciapan pihak penganjur menerusi Twitter. – Agensi

K!ONLINE

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment