Home » MP Labuan kritik kenaikan tambang feri Labuan-Menumbok
Berita Tempatan Politik

MP Labuan kritik kenaikan tambang feri Labuan-Menumbok

Suhaili (gambar kecil) berkata tidak ada justifikasi untuk menaikkan tambang Labuan Ferry memandangkan jumlah traffik meningkat.

LABUAN: Ahli Parlimen (Bersatu) Datuk Suhaili Abdul Rahman mengkritik kadar tambang feri roll on-roll off (ro-ro) Labuan-Menumbok yang akan disemak ke atas berkuat kuasa 1 Jan.

Beliau berkata ia adalah satu keputusan tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan beribu-ribu orang di sini dan di Sabah dan yang paling terjejas ialah mereka yang berada dalam kategori B40.

“Ia juga agak ironi apabila kerajaan baharu yang sedang berusaha untuk mengekang inflasi dan kos hidup yang lebih tinggi, kenaikan tambang perjalanan seperti ini tidak seharusnya dibenarkan.”

Beliau berkata tambang baharu itu menunjukkan peningkatan kira-kira 42.5 peratus dan ia cukup besar.

“Ia adalah membimbangkan dan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Laut Persekutuan dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah harus campur tangan dalam perkara itu.”

Beliau juga berkata kenaikan itu berlaku ketika perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang menjana keuntungan perniagaan bagi pengusaha feri.

Suhaili merujuk kepada laporan yang mengatakan 4,000 kenderaan menggunakan perkhidmatan feri ro-ro pada Hari Raya lalu.

“Memandangkan jumlah trafik meningkat sejak beberapa tahun ini, tidak ada alasan wajar untuk pengusaha menaikkan tambangnya,” kata Suhaili.

Beliau masih ingat pengusaha mahu menaikkan tambang pada November lalu tetapi tidak dapat kerana campur tangan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Datuk Seri Sahidan Kassim malangnya tiada FT (Kementerian Wilayah Persekutuan) sekarang untuk membantu.

Notis kenaikan tambang dikeluarkan oleh Labuan Point Enterprise Sdn Bhd yang merupakan ejen Tiket Terminal Feri. Kadar baharu itu diguna pakai untuk kategori kenderaan berikut: Kereta jenis Sedan RM57 (sebelum ini RM40), kenderaan komersial MPV, SUV, Van, 4WD RM67 (RM50), Basikal RM10 (RM8), Motosikal bawah 250cc RM26 (RM15) dan ke atas 250cc RM41 (RM30).

Kenaikan tambang ysama diumumkan Oktober lalu oleh Pengerusi Datuk Chin Hong Vui Labuan Mainland Link Sdn Bhd (pengusaha feri).

Alasan yang diberikan ialah tambang tidak dinaikkan sejak 15 tahun lalu dan kos operasi semakin meningkat.Syarikat itu menjalankan tiga feri di laluan itu – Kimanis 1, Putrajaya 1 dan Godwill Star.

— Sohan Das

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment