Home » Peluncur udara maut terhempas pada cerun konkrit di Kota Kinabalu
Berita Tempatan

Peluncur udara maut terhempas pada cerun konkrit di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang peluncur udara selepas terhempas pada cerun konkrit di kawasan projek Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Kampung Keliangau, Manggatal, di sini, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Hajah Kalsom Haji Idris berkata, kejadian berlaku pada jam 5.03 petang dan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun maut telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan membawa seorang penumpang meluncur menuruni bukit dari kawasan Bukit Kokol dan berjaya mendarat dengan selamat.

“Walau bagaimanapun, sebaik sahaja penumpang diturunkan, mangsa yang tidak sempat menanggalkan tali payung telah ditiup angin kuat menyebabkan mangsa terbang dan terhempas pada cerun konkrit.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur perbuatan kianat atau jenayah dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, Bahagian Forensik, bagi menjalani bedah siasat.

Siasatan lanjut diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

wartaoriental

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment