Home » ‘Tsunami PN’ hanya sementara, PH yakin tawan Kedah
Berita Dalam Negara Politik

‘Tsunami PN’ hanya sementara, PH yakin tawan Kedah

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) yakin menawan Kedah pada pilihan raya negeri akan datang dan menganggap “tsunami Perikatan Nasional (PN)” pada PRU15 bersifat sementara.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) yakin menawan Kedah pada pilihan raya negeri akan datang dan menganggap “tsunami Perikatan Nasional (PN)” pada PRU15 bersifat sementara.


Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan PH Kedah, Ismail Salleh, berkata keyakinan pihaknya menawan Kedah kerana gelombang PN itu wujud atas sentimen bangsa dan agama.


“Ramai telah menyedari hakikat permainan sentimen ini yang hanyalah untuk meraih laba politik dan tidak memberi apa-apa keuntungan dalam usaha pembinaan negara. Oleh sebab itu mereka sudah mula berubah,” katanya dalam kenyataan.


Ismail yang juga ADUN Pengkalan Kundor turut menjelaskan, kecemerlangan pentadbiran kerajaan perpaduan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan keyakinan kepada PH Kedah merampas semula negeri itu.


Hal ini menurut beliau, perdana menteri tidak hanya bercakap namun turut bertindak dengan kesungguhan bagi mentadbir negara selain mendapat pengiktirafan pemimpin seluruh dunia.


Katanya, “tsunami PN” juga akan dapat diredakan disebabkan kerjasama politik antara PH dengan Barisan Nasional yang bersama membentuk kerajaan perpaduan.
“Perbincangan tentang kerjasama ini (PH-BN) di semua peringkat sudah bermula,” katanya.


Pada PRU15, PN berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah manakala PH memperoleh satu kerusi melalui Dr Taufiq Johari iaitu Sungai Petani.


Kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah menyaksikan PN memiliki 21 kerusi, PH (10) manakala BN dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment