Home » Pejalan kaki maut dilanggar pacuan empat roda
Berita Am Berita Tempatan

Pejalan kaki maut dilanggar pacuan empat roda

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan, di Batu 15 Jalan Apas, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, mangsa berumur 50 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.06 tengah hari berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu pacuan empat roda berumur 32 tahun dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Tawau  

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba mangsa melintas jalan dalam keadaan berlari dari arah sebuah restoran menuju ke kanan bahu jalan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu terbabit tidak dapat mengelak dan melanggar suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tawau bagi proses bedah siasat selepas keputusan ujian COVID-19 diperolehi.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-utusanborneo

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment