Home » Ewon tumpu isu internet kawasan Penampang, Kadamaian
Berita Tempatan Politik

Ewon tumpu isu internet kawasan Penampang, Kadamaian

KUNJUNGAN: Ewon (lima kanan) merakamkan kenangan selepas kunjungan ke Pejabat SKMM Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Masalah liputan internet yang kurang memuaskan di kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian terus mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Ahli Parlimen Penampang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian ini meluangkan masa mengunjungi pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini Selasa lepas bagi mendengar taklimat mengenai isu-isu liputan internet di kedua-dua kawasan yang diwakilinya.


Pada kunjungan itu, Pengarah SKMM Negeri Sabah Izani Othman bersama Pengarah (Pembangunan) SKMM Sabah Reuben James Pailus dan Pengarah (Kawalselia) Suhaila Jaffar menyampaikan Taklimat Analisis Liputan Komunikasi bagi kampung-kampung di daerah Penampang dan Pembentangan Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah.


Berdasarkan taklimat berkenaan, Ewon dimaklumkan, daripada 21 kampung yang mempunyai aduan masalah internet di Penampang, beberapa kampung dimasukkan dalam perancangan pembinaan menara baharu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.


Turut hadir, Timbalan Pengarah (Unit Perancangan dan Pelaksanaan Infrastruktur) Muhammad Rizal Abdul Lani dan Timbalan Pengarah (Unit Pemantauan Kualiti) Izan Afzan Selamat.

— Siti Aisyah Narudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment