Home » Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat
Berita Tempatan Politik

Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag bergambar dengan juara Kejohanan Bola Jaring Piala DSP Datuk Juliah Salag ynag telah berlangsung selama dua hari di Dewan Sulaman Tuaran. Kejohanan tersebut telah ditandingi oleh 20 pasukan bola jaring dan dijuarai oleh pasukan bola jaring Cinnamon NC selepas mengalahkan pasukan UAJ di pelawanan akhir.

TUARAN: Aktiviti sukan bukan saja mampu menjadi medan untuk membentuk dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam kalangan rakyat, malah berupaya dijadikan satu amalan dan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag mahu Kejohanan Bola Jaring Terbuka ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa depan.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag mencuba menjaringkan bola sebagai gimik perasmian Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang telah berlangsung selama dua hari di Dewan Sulaman, Tuaran.

“Di samping itu, aktiviti sukan juga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan.

“Saya berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat membantu mempopularkan sukan bola jaring, malah sebagai platform untuk mencari dan mengenal atlet pelapis dalam sukan itu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.

Juliah berkata, secara peribadi beliau amat menyokong penganjuran program dan aktiviti berorientasikan sukan seperti bola jaring kerana ia dapat membentuk dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Sabah.

— EDITOR