Home » Walkabout CNY inisiatif pupuk perpaduan semua kaum
Berita Tempatan Politik

Walkabout CNY inisiatif pupuk perpaduan semua kaum

KENANGAN: Antara penerima sumbangan merakam gambar kenangan bersama Masidi.

RANAU: Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau mengadakan program ‘walkabout’ sempena Tahun Baharu Cina (CNY) sebagai inisiatif memupuk perpaduan semua kaum dan agama di daerah ini.

Program tersebut disertai anggota kepimpinan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melibatkan parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Maju Sabah (SAPP).


Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Chong Pehing berkata program tersebut adalah landasan bagi meningkatkan hubungan persaudaraan dan keharmonian antara pemimpin dengan rakyat.


Katanya, program tersebut turut disertai Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.


“Hampir semua pemilik premis di daerah ini menerima angpau, limau mandarin dan kalender dalam program tersebut,” katanya.


Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata demikian semasa program itu diadakan, di sini baru-baru ini.


Turut hadir, ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin; Ketua Bahagian SAPP Ranau, Japiril Suhaimin dan Pengerusi Persatuan Hakka Ranau yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tiong Hua Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment