Home » Logistik pelabuhan di Sabah perlu ditingkatkan
Berita Tempatan Politik

Logistik pelabuhan di Sabah perlu ditingkatkan

Phoong berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan kementerian untuk melihat potensi industri di setiap daerah termasuk Tawau.

TAWAU: Kemudahan logistik membabitkan fasilitasi perdagangan perlu ditingkatkan supaya sektor ekonomi dan industri di negeri ini terus berdaya saing.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe berkata industri di negeri ini khususnya daerah Tawau berpotensi besar untuk dibangunkan.


Katanya, sektor perdagangan di Tawau sangat aktif memandangkan daerah ini berhampiran dengan Kalimantan Indonesia.


“Saya sudah berbincang dengan pihak Sabah Ports Sdn Bhd yang mengurus pelabuhan di Tawau untuk meningkatkan logistik yang ada.


“Sekiranya kita mahu merancang sesuatu industri ataupun bentuk perniagaan, sudah pasti kemudahan logistik terutamanya pelabuhan perlu diutus dengan baik dan cekap,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang berkata demikian ketika merasmikan pembukaan sambutan Tahun Baharu Cina, di sini semalam.

RASMI: Phoong (tengah) memalu gendang simbolik perasmian majlis tersebut.


Phoong berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan kementerian untuk melihat potensi industri di setiap daerah termasuk Tawau.


“Kementerian saya akan membantu sedaya upaya untuk membangunkan pelbagai sektor industri di negeri ini supaya boleh bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.


“Saya berharap perpaduan dapat dikekalkan supaya rakyat boleh menikmati kestabilan dan pembangunan di negeri ini,” katanya.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment