Home » Dua laporan polis diterima babitkan kes pelajar ditendang, tumbuk
Berita Am Berita Tempatan

Dua laporan polis diterima babitkan kes pelajar ditendang, tumbuk

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima dua laporan polis membabitkan kes pelajar ditendang dan ditumbuk di sebuah sekolah di Tanjung Aru.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kedua-dua laporan polis terbabit diterima pada 17 Januari lalu.

“Laporan polis terbabit adalah berkaitan dengan kes pergaduhan membabitkan pelajar di sekolah sekolah berkenaan.

“Bertindak dengan laporan diterima, pihak polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Zaidi berkata pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan jenayah dalam kalangan pelajar termasuk kes mendatangkan kecederaan atau kes buli.

Terdahulu rakaman kes pergaduhan membabitkan kes ini juga ditularkan di media sosial.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki ditumbuk dan dibelasah beberapa pelajar lain.

-utusanborneo

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment