Home » ‘Disebabkan video Bella, saya diugut bunuh setiap hari’ – Siti Bainun
Berita Am Berita Dalam Negara

‘Disebabkan video Bella, saya diugut bunuh setiap hari’ – Siti Bainun

Siti Bainun berkata, dia hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan selepas dipulaukan.- Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa dia dikecam dan diugut bunuh, setiap hari disebabkan video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.

Semasa membaca membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Siti Bainun, 31, berkata, dia hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan selepas dipulaukan.

Dia yang hadir tanpa diwakili peguam berkata, tindakan saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, 40, menyebarkan video Bella yang disunting turut menyebabkannya hilang segala-galanya.

“Saya takut untuk keluar dari rumah kerana ugutan yang saya terima.

“Ketika mendapatkan rawatan di hospital, ada juga jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” katanya.

Dia yang menangis ketika membaca pernyataan saksi itu berkata, perasaan curiga mula timbul apabila Zurianty merakam dan menyebarkan video itu kerana pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta itu tidak pernah mengambil tahu tentang Bella.

BERITA LANJUT MENYUSUL