Home » Umno sah pecat Khairy, Noh Omar
Berita Dalam Negara Politik

Umno sah pecat Khairy, Noh Omar

KUALA LUMPUR: Umno mengesahkan keahlian bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, dan bekas pengerusi Selangor, Noh Omar dipecat.


Setiausaha Agung Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata mereka “dipecat daripada Umno atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15”.


Tiada huraian lanjut kesalahan yang dikatakan itu.


Sementara itu, Ahmad berkata keahlian bekas naib presiden, Hishammuddin Tun Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempohg, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.


Tiada penjelasan lanjut mengenai penggantungan mereka.
Tindakan-tindakan ini diumumkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi.


Ketetapan dibuat oleh mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, kata Ahmad.


Sementara itu, Ahmad memaklumkan bahawa ahli MKT, Fathul Bari Mat, diberi surat tunjuk sebab.

— Faiz Zainudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment