Home » TM, JaPen teruskan kerjasama strategik
Berita Tempatan

TM, JaPen teruskan kerjasama strategik

Jainisah (dua dari kiri) menyerahkan cenderakenangan kepada Arif (dua dari kanan).

KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah terus komited menjalinkan kerjasama strategik.


Penolong Pengurus Besar, Kawal Selia dan Perhubungan, Arif Lakura berkata usaha tersebut antaranya melibatkan penganjuran program yang mampu melahirkan usahawan digital tempatan.

Arif ditemui semasa kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Kementerian Komunikasi Digital.


Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong dan KPP Bahagian Perhubungan Awam, Zamri Abd Ghani.

wartaoriental