Home » PN tidak akan tutup kedai di Sabah: Ronald
Berita Tempatan Politik

PN tidak akan tutup kedai di Sabah: Ronald

Ronald (tengah) bersama ahli PN bahagian Tawau dan Kalabakan yang hadir dalam majlis tersebut.

TAWAU: Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yakin Perikatan Nasional (PN) tidak akan ‘tutup kedai’ di negeri ini.


Katanya, penstrukturan jawatan di peringkat bahagian akan dilakukan bagi memastikan PN terus bertapak dan releven di Sabah.

Ronald yakin PN mampu menawan Sabah kelak.


“Kita sedia maklum beberapa kekosongan jawatan ketua bahagian BERSATU berlaku kerana penghijrahan ke parti lain dan mereka juga sudah dikenal pasti.


“Kita akan melantik ketua penaja yang baharu bagi meneruskan gerak kerja dan jentera parti BERSATU di semua bahagian pada hujung tahun ini,” katanya.


Beliau yang juga Ketua PN Sabah berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Sabah PN Tawau dan Kalabakan, di sini semalam.


“Hakikatnya, PN adalah satu gabungan yang besar dan kehadapan dalam lanskap politik negara ketika ini, malah di Semenanjung sebanyak 74 kerusi Parlimen sudah ditawan,” katanya. 


Ronald percaya PN mampu menjadi pilihan rakyat Sabah kerana pengundi sudah bijak menilai dan meletakkan asas politik yang lebih nasional.


“Walaupun pelbagai naratif politik yang dibuat oleh pemimpin negeri ketika ini, saya yakin PN berjaya menawan Sabah kelak,” katanya.


Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kalabakan merangkap Ketua Penerangan PAS Sabah Ahmad Dullah. 

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment