Home » UMNO ambil ‘tempoh bertenang’ situasi di Sabah – Ahmad Zahid
Berita Tempatan Politik

UMNO ambil ‘tempoh bertenang’ situasi di Sabah – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu malam tadi bagi lawatan singkat ke Sabah. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama saf kepimpinan Umno Sabah dan Ketua-Ketua Umno bahagian

KOTA KINABALU – UMNO Sabah membuat keputusan untuk mengambil tempoh bertenang dalam menangani kemelut politik di negeri itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan yang cukup terbuka telah dilakukan dengan rakan kepimpinan UMNO Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kedinamikan politik yang sedang berlaku di negeri itu.


“Kami telah mengambil beberapa keputusan, pertamanya kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah ini dari segi politik.

“Untuk tempoh bertenang ini, kami berpandangan bahawa tidak ada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan.

“Banyak pendekatan yang akan kita ambil dan juga kaedah-kaedah yang kita susun atur,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini pada Isnin.

–ASYIKIN ASMIN