Home » Ketamakan kuasa punca kemelut politik Sabah – Maximus
Berita Tempatan Politik

Ketamakan kuasa punca kemelut politik Sabah – Maximus

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili menegaskan bahawa pengisytiharan sokongan politik kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi menghentikan sebarang percubaan oleh segelintir ahli politik.

KOTA KINABALU: Situasi semasa yang berlaku di negeri ini dianggap berpunca dari gangguan politik oleh segelintir ahli politik yang tamakkan kuasa.


Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili berkata, senario yang berlaku bukannya krisis politik seperti yang diterangkan oleh sesetengah pihak.


“Apa yang kita ada di Sabah adalah gangguan politik oleh ‘penyamun politik’ yang tamakkan kuasa dari beberapa parti politik di Sabah ini.


“Nasib baik, ‘api’ dapat dipadamkan dengan cepat untuk memulihkan perpaduan berikutan jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberikan sokongan penuh semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 10 Januari lepas.


“Pengundian rasmi di DUN juga sebenarnnya tidak perlu kerana melalui kiraan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani sudah memadai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Beliau menegaskan bahawa pengisytiharan sokongan politik kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi menghentikan sebarang percubaan oleh segelintir ahli politik.


“Ia termasuklah pelantikan pemimpin daripada parti politik lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan di Sabah yang setia dan berikrar memberi komitmen terhadap kepimpinan kerajaan pimpinan GRS,” katanya.


Beliau berkata, selepas penyusunan semula dan pemulihan perpaduan, keamanan politik dan pentadbiran di Sabah terus stabil.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment