Home » Kerajaan perpaduan, stabil diharap kekal -Huazong
Berita Tempatan Politik

Kerajaan perpaduan, stabil diharap kekal -Huazong

Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menyatakan demikian semasa wawancara The Malaysian Insight, baru-baru ini, di mana bagi pihak Huazong dan FCAS, beliau menyatakan keyakinan dan sokongan penuh terhadap kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Anwar.

Kota Kinabalu- Majoriti rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Cina, berharap untuk melihat kerajaan perpaduan sekarang ini kekal sepenuhnya selama penggal lima tahun, tanpa sebarang halangan, kata Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong ) Tan Sri T.C Goh.


Sambil menyifatkan ia sebagai hasrat bersungguh-sungguh rakyat Malaysia, beliau berkata, dengan itu barulah Malaysia akan mempunyai keadaan politik stabil, yang penting untuk pertumbuhan dan kemajuan ekonominya, bagi lima tahun akan datang.


Beliau juga berpendapat tiada tempoh ‘bulan madu’ bagi kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana terdapat banyak perkara mendesak yang memerlukan perhatian segera dan sepenuhnya.


“Pertama sekali, kerajaan sekarang mesti berusaha untuk memastikan kestabilan politik negara kita kekal, kerana barulah kerajaan akan stabil.


“Jika tidak, kita mungkin sekali lagi melihat ketidakstabilan politik berulang, yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14 pada 5 Mei 2018, dengan kemelut politik berterusan. Jika itu berlaku, bagaimana kerajaan boleh mentadbir dan membangunkan negara dengan berkesan?,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan sekarang mesti belajar daripada pengalaman buruk masa lalu.


Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menyatakan demikian semasa wawancara The Malaysian Insight, baru-baru ini, di mana bagi pihak Huazong dan FCAS, beliau menyatakan keyakinan dan sokongan penuh terhadap kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Anwar.


Berhubung perkara-perkara penting yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan, Goh yang juga Presiden Gabungan Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan (FSLHA) berkata, perkara perlu diberi keutamaan termasuk mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik selepas pandemik, dengan memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi yang berkesan, untuk mengawal inflasi dengan lebih baik, untuk menstabilkan Ringgit, dan untuk menurunkan kos sara hidup dengan berkesan.


Beliau menambah, kerajaan juga harus memberi lebih banyak tumpuan kepada masa depan dan kesejahteraan belia Malaysia, terutamanya untuk mengekalkan bakat kita yang penting untuk proses pembinaan negara, dan juga supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan pekerjaan di luar negara.


Beliau berharap kerajaan sekarang dapat berusaha untuk memastikan kestabilan politik negara, dan menjalin perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, demi membawa kemajuan dan kemakmuran sebenar untuk negara.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment