Home » SPRM beku akaun, bagaimana mahu bayar gaji pekerja dan sebagainya? – Faizal
Berita Dalam Negara Politik

SPRM beku akaun, bagaimana mahu bayar gaji pekerja dan sebagainya? – Faizal

Ahmad Faizal atau dikenali dengan panggilan Peja itu berkata tindakan tersebut akan menyukarkan jentera parti untuk bergerak dan tindakan itu dilihat sengaja dibuat kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) apabila menggunakan jentera kerajaan untuk menekan musuh politiknya.

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menggunakan agensi untuk menekan BERSATU sengaja dibuat untuk melemahkan parti tersebut.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tindakan membeku akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan menyebabkan persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) juga terkesan, malah parti juga tidak boleh membayar gaji pekerjanya nanti.

“Kita telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak SPRM.

“Kita berharap agar mereka segera dapat lakukan siasatan kerana apabila akaun parti ini dibekukan, kita ada masalah untuk operasi parti seperti membayar gaji pekerja dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Ahmad Faizal atau dikenali dengan panggilan Peja itu berkata tindakan tersebut akan menyukarkan jentera parti untuk bergerak dan tindakan itu dilihat sengaja dibuat kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) apabila menggunakan jentera kerajaan untuk menekan musuh politiknya.

“Kalau tidak ada duit langsung, nak jalankan pilihan raya bukan mudah. Jadi, ia akan menekan usaha kita dalam kempen nanti.

“Tetapi kalau perlu kita berjalan, berjumpa dengan rakyat seorang demi seorang setakat mana yang kita mampu, kita akan teruskan,” katanya lagi.

EDITOR