Home » Tak wajar halang individu buat laporan polis kerana pemakaian, kata Nancy
Berita Dalam Negara Politik

Tak wajar halang individu buat laporan polis kerana pemakaian, kata Nancy

Nancy Shukri berkata, tidak wajar menghalang sesiapa memasuki balai polis untuk membuat laporan kerana pemakaiannya kurang sesuai.

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, tidak munasabah melarang wanita berseluar pendek memasuki balai polis untuk membuat laporan.

“Tidak wajar menghalang individu yang pemakaiannya kurang sesuai ke balai polis untuk membuat laporan.


“Wanita berkenaan dalam keadaan kecemasan dan memerlukan pertolongan serta perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya dipetik Bernama.


Dua hari lalu, seorang wanita mendakwa beliau dilarang memasuki IPD Kajang untuk membuat laporan mengenai kemalangan jalan raya kerana pemakaiannya.


Wanita itu mendakwa beliau memakai seluar yang menutup bahagian lututnya.


Beliau hanya dibenarkan masuk selepas kakaknya membawa sehelai seluar panjang untuknya.


Polis Kajang kemudiannya mengesahkan wanita itu dihalang memasuki IPD kerana pakaiannya tidak mematuhi kod etika pemakaian.


Kejadian itu mendapat kritikan pelbagai pihak. Bekas ketua polis negara, Musa Hassan dilaporkan berkata, polis tidak seharusnya menghalang orang awam membuat laporan kerana pemakaiannya.


Katanya, polis tidak boleh menghalang sesiapa yang mahu membuat laporan polis kerana itu tugas mereka membantu orang ramai.

— FMT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment