Home » TFA rai 210 peserta kanak-kanak pada Karnival Sukan Bola Sepak
Berita Tempatan Politik Sukan

TFA rai 210 peserta kanak-kanak pada Karnival Sukan Bola Sepak

Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Mohammad Ghazali Hajiji berkata,beliau percaya menerusi bimbingan presiden dan ketua jurulatih TFA, ahlinya pasti meraih kejayaan arena bola sepak yang berdaya saing. Turut hadir, Ketua Jurulatih TFA, Justin Ganai.

TUARAN: Tuaran Football Academy (TFA) meraikan 210 peserta kanak-kanak lelaki sempena Karnival Sukan Bola Sepak di Padang Tuaran di sini, hari ini.

Aktiviti ahli TFA itu menyaksikan kanak-kanak berusia antara 7 sehingga 12 tahun beraksi di atas padang sekali gus memberi pendedahan kepada peserta mengenai sukan bola sepak.


Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Mohammad Ghazali Hajiji berkata, semangat kanak-kanak yang terlibat aktiviti terbabit menerima sambutan dalam kalangan penyokong terutama ibu bapa.


“Saya pasti menerusi komitmen awal serta dedikasi ibu bapa di peringkat akar umbi ini, tidak mustahil peserta cilik hari ini bakal menjadi pelapis pemain bola sepak kebangsaan satu hari nanti.


“Besar harapan saya agar minat mereka terhadap bola sepak terus dipupuk  supaya semangat mereka untuk beraksi tidak terpadam,” katanya ditemui selepas merasmikan program terbabit.

KENANGAN: Mohammad Ghazali (tengah) bersama sebahagian pemain bola sepak TFA.


Turut hadir, Ketua Jurulatih TFA, Justin Ganai.
Mengulas lanjut, Mohammad Ghazali yang juga Timbalan Presiden TFA berkata, beliau percaya menerusi bimbingan presiden dan ketua jurulatih TFA, ahlinya pasti meraih kejayaan arena bola sepak yang berdaya saing.


“Karnival yang diadakan pada dua sesi ini pastinya akan membuka lebih banyak peluang pemain bola sepak untuk mempamerkan bakat,” katanya.


Difahamkan, sesi kedua bagi kategori umur 13 sehingga 17 tahun akan diadakan pada 19 Februari 2023.
 

— Yap Siong Han