Home » Joachim jumpa MPS bincang masalah infrastruktur di Sandakan
Berita Tempatan Politik

Joachim jumpa MPS bincang masalah infrastruktur di Sandakan

PERJUMPAAN: Joachim (lapan kiri) ketika mengadakan perjumpaan dengan NGO masyarakat Cina Sandakan.

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam mengadakan perjumpaan dengan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi membincangkan masalah infrastruktur di daerah ini.


Joachim berkata, pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah yang dihadapi penduduk di daerah ini.


“Kita menerima aduan mengenai masalah lampu jalan, sampah dan kemudahan infrastruktur di pasar raya Sandakan.


“Semua ini akan diambil perhatian oleh MPS serta berharap penduduk memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan bagi menangani masalah tersebut,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Presiden MPS, Henry Idol, di sini semalam.


Joachim menzahirkan terima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Elopura, Ng Boon Leng kerana mengaturkan pertemuan tersebut.

Joachim turut mengadakan pertemuan dengan NGO Masyarakat Cina.Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih.


Sementara itu, Joachim turut mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di daerah ini.


Ia melibatkan lapan NGO iaitu Persatuan Pembinaan Sandakan, Persatuan Perikanan Sandakan, Persatuan Penjaja Sandakan dan Persatuan Masyarakat Tionghua Bersekutu Sandakan.


Turut ditemui Persatuan Restoran dan Kedai Kopi Sandakan, Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan, Persatuan Kontraktor Sandakan dan Persatuan Perniagaan Hotel Malaysia, Sandakan.


Lawatan ke daerah itu adalah pertemuan pertamanya dengan NGO berkenaan sejak memegang portfolio baharunya.


Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih.

— Hamzah Sanudin