Home » Hajiji terima kunjungan hormat Nik Nazmi dan Fadhlina Sidek
Berita Tempatan Politik

Hajiji terima kunjungan hormat Nik Nazmi dan Fadhlina Sidek

Hajiji menerima cenderamata daripada Nik Nazmi semasa menerima kunjungan hormat berkenaan (Kiri). Beliau turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek (Kanan)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.


Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan sumber asli dan alam sekitar.


Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.


Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC Datuk Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Eletrik) Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Hamsha Injau.


Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Haji Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah) Mohd Zaini Yanin.


Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

— Yap Siong Han