Home » Pengindahan Kota Kinabalu sedang dilaksana
Berita Tempatan Politik

Pengindahan Kota Kinabalu sedang dilaksana

BINCANG: Christina (kiri) ketika mempengerusikan sesi berkenaan.

KOTA  KINABALU: Usaha sedang dilakukan bagi melaksanakan Pelan Pengindahan Landskap Kota Kinabalu (2021-2025) yang dilancarkan pada September 2020.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah menghantar kertas cadangan mengindahkan bandaraya ini serta lain-lain yang berkaitan.


“Usaha itu termasuklah mengindahkan kawasan Kampung Air, meningkatkan sistem perparitan, menanam lebih banyak bunga dan pokok untuk memperkasakan suasana pemandangan bandaraya ini serta banyak lagi.


“Taman Chong Thien Vun contohnya, kini sudah berwajah baharu dan aktiviti perniagaan juga sudah bermula pada setiap minggu di sana,” katanya ketika dalam kenyataan semalam.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sesi pertemuan dengan DBKK. Hadir sama ialah Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip, serta pihak pengurusan tertinggi DBKK yang lain.


“Saya mahu lihat kesemua ini diselesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya.
 
Dalam pada itu, Christina juga mengumumkan DBKK akan meluaskan tapak Api-Api Night Food Market di Gaya Street dari kawasan Alliance Bank sehingga kawasan Jesselton Hotel berkuatkuasa 15 Mac ini.


Katanya, tindakan positif itu diambil kerana lokasi berkenaan merupakan destinasi tarikan pelancong selain untuk mengurangkan kesesakan.


“Kerajaan menawarkan peluang kepada penjaja kecil berminat untuk berniaga di kawasan ini pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 petang sehingga 12 tengah malam. Mohonlah lesen berkaitan dari DBKK.
 
“Saya mahu mengingatkan kebersihan persekitaran adalah wajib dipatuhi bagi mengekalkan imej baik destinasi ini.


“Penerbangan terus dari Guangzhou dan Shenzhen akan bermula 2 dan 3 Mac ini, dijangkakan penerbangan dari negara lain juga akan tiba. Kita perlu bersedia untuk menerima lebih ramai pelancong ke Sabah,” katanya.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment