Home » Kes Jana Wibawa: ‘Datuk Roy’ direman 3 hari bantu siasatan
Berita Am Berita Dalam Negara

Kes Jana Wibawa: ‘Datuk Roy’ direman 3 hari bantu siasatan


KUALA LUMPUR:
Seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noorelyna Hanim Abd. Halim di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.

Suspek berusia 54 tahun itu direman dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, SPRM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan media mengesan seorang lelaki dengan alamat terakhir di Semambu, Kuantan, Pahang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah Jana Wibawa

Bagaimanapun suspek hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur semalam sebelum ditahan.

-astroawani