Home » Robert ziarah dua buah keluarga di Mukim Bingkor
Berita Tempatan Politik

Robert ziarah dua buah keluarga di Mukim Bingkor

ZIARAH: Robert (kanan) bersama keluarga terdekat mendiang Hollay semasa memberikan penghormatan. Turut kelihatan Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau, Gana, Nabai Sabah (KGNS) cawangan Keningau, Tony Munting Pawan (kiri) yang juga merupakan abang sepupu kepada mendiang (Hollay).

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik berkesempatan menziarahi dua buah keluarga di kampung yang berhampiran di Mukim Bingkor kelmarin.


Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah diantara yang terawal yang dilihat berada di kediaman keluarga mendiang Jeffrey Tharoi di Kampung Bunsit dan keluarga mendiang Hollay Katong Pawan,  di Kampung Minansut Bingkor.


Di kediaman mendiang Hollay, Robert berada hampir dua jam bersama ahli keluarga serta waris dan masyarakat setempat yang sama-sama hadir memberikan penghormatan.


Di kesempatan dan ruang seumpama ini digunakan sebaiknya oleh beliau (Robert) untuk bertemu ’empat mata’ dan berinteraksi sambil bertanyakan khabar kepada penduduk kampung yang sama-sama hadir menziarahi.


Manakala dari pihak penduduk kampung pula tidak kekok dan segan mendekatinya bagi mengutarakan pendapat serta pandangan termasuk hal-hal kebajikan termasuk kesulitan peribadi dan keluarga tanpa sebarang protokol.

— Kenneddy Corlleus