Home » Kilang kerajang tembaga SK Nexilis siap sebelum hujung 2023
Berita Tempatan Politik

Kilang kerajang tembaga SK Nexilis siap sebelum hujung 2023

Hajiji (dua kanan) merakamkan gambar kenangan ketika dalam pertemuan itu.Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe

KOTA KINABALU: Kilang pengeluaran kerajang tembaga (copper foil) SK Nexilis kini dalam tahap 68.8 peratus dan dijangkakan siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.


Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Yi Jaehong menyampaikan taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengenai perkembangan terkini kilang tersebut.


“SK Nexilis mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri kerana mempermudahkan pelaburan kami di Sabah,” katanya.


Beliau juga memaklumkan kepada Hajiji bahawa SK Nexilis dijangka akan menghasilkan pengeluaran pertamanya pada September dan Oktober tahun ini.


Yi turut memaklumkan bahawa syarikat berkenaan kini telah mengupah sejumlah 500 pekerja tempatan untuk bekerja di kilang terbabit, sehingga kini seramai 107 graduan dan pemegang diploma menerima latihan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, penyelenggaraan, pengeluaran, logistik dan lain-lain lagi di Korea.


SK Nexilis mengeluarkan 15 peratus bateri kerajang tembaga kepada kenderaan elektrik di seluruh dunia.


Projek bernilai RM2.3 bilion itu bermula pada pertengahan 2021 mempunyai daya kapasiti pengeluaran sebanyak 50,000 tan setahun apabila siap sepenuhnya nanti.


Dalam pada itu, Hajiji turut berterima kasih kepada SK Nexilis kerana memilih Sabah untuk membangunkan kilang pertama luar negara syarikat berkenaan.


Beliau turut memberikan jaminan kerajaan negeri komited untuk membawa lebih banyak pelaburan ke Sabah.


Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe dan Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, Shin Dong Hwan.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment