Home » Keputusan nyah klasifikasi laporan tragedy ‘Double Six’ kelegaan buat keluarga
Berita Tempatan Politik

Keputusan nyah klasifikasi laporan tragedy ‘Double Six’ kelegaan buat keluarga

Hajiji (tiga kiri) selepas menyaksikan majlis angkat sumpah lima setiausaha politik.

KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet kerajaan Persekutuan untuk menyahklasifikasikan laporan akhir tragedi nahas ‘Double Six’ yang berlaku 47 tahun lalu memberikan kelegaan kepada keluarga dan rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyifatkan keputusan berkenaan sebagai perkara melegakan terutama kepada ahli keluarga mangsa nahas pesawat yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Fuad Stephens, empat menteri dan enam individu lain.

Menurutnya, keputusan itu juga sekali gus akan merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian nahas itu.  

“Ini adalah satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit, tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

ANGKAT SUMPAH: Hajiji menyaksikan majlis angkat sumpah lima setiausaha politik

Hajiji berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet yang membenarkan tindakan nyah klasifikasi laporan berhubung tragedi itu selepas mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat oleh waris.

“Kerajaan begeri akan menerima penemuan keputusan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hajiji turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah seramai lima setiausaha politik baharu di sini semalam.

Mereka yang mengangkat sumpah adalah Abd Rahman Yakub, Mohd Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng, dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.

Kesemua mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian termasuklah di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang berkuat kuasa serta-merta.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment