Home » Isteri KM santuni warga kerja kesihatan sekitar Kota Kinabalu
Berita Tempatan Politik

Isteri KM santuni warga kerja kesihatan sekitar Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, mengagihkan bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan.

Bubur lambuk tersebut diagihkan di tiga buah hospital di sekitar Kota Kinabalu iaitu Hospital Queen Elizabeth (QEH); QEH2 dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag (dua kiri) berbual mesra dengan warga kerja kesihatan sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan. – Foto ihsan JKM Sabah

Beliau diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin dan ahli- ahli MUTIARA GRS.

— EDITOR