Home » Kelab Belia Siber Kota Kinabalu rai 50 orang kurang berkemampuan
Berita Tempatan Politik

Kelab Belia Siber Kota Kinabalu rai 50 orang kurang berkemampuan

BANTU: Redonah dan Sulaiman melihat anak-anak yatim memcuba baju raya kepada anak-anak.

SEMPENA Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi seramai 50 orang anak-anak yatim sekitar bandar raya Kota Kinabalu diraikan membeli baju raya di Pusat Beli-belah Servay Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kelab Belia Siber Kota Kinabalu  dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah berkongsi kegembiraan bagi merayakan ketibaan Syawal kepada golongan yang memerlukan.

Pengerusinya, Salmi Sarinoh berkata, program itu adalah satu inisiatif bagi mendekati dan menyantuni komuniti khasnya golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan hari raya.

Menurutnya, program seumpama itu dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan persatuan memandangkan program itu bertepatan dengan konsep mendekati komuniti dan masyarakat.

“Kita berharap untuk tahun seterusnya, kita mampu meneruskan dan mengadakan lebih banyak program seumpamanya ini, berkongsi dengan mereka di bulan Ramadan dan Syawal.

“Semoga segala usaha murni yang kita lakukan akan terus diberkati oleh Allah dan sentiasa berjalan lancar dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda, Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Pengurus Servey Kk Plaza Kelvin Chang dan ahli jawatankuasa Kelab Belia Siber Kota Kinabalu serta 50 anak-anak yatim bersama keluarga mereka.

Beliau berharap program itu sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan hari raya kanak-kanak berkenaan pada tahun ini.

Menurut Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar untuk Program Jom Shopping Raya di Kota Kinabalu sebanyak RM7,500.00 (50 orang diperuntukkan, kawsan Bandau RM7,500.00 (50 orang) dan di Sandakan RM23,000.00.

— Liza Din

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment