Home » Sabah isytihar Jumaat ini hari kelepasan am – Hajiji
Berita Tempatan

Sabah isytihar Jumaat ini hari kelepasan am – Hajiji

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Hajiji berkata, hal itu selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah. – Gambar fail

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan Jumaat ini (21 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Sabah bagi tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

Anwar berkata bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

— BERNAMA