Home » Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan
Berita Am Berita Dalam Negara

Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan

Sebelum ini, dua kanak-kanak di Kelantan dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat strok haba. – Gambar hiasan

KOTA BHARU: Punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.  — BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment