Home » Kerajaan negeri terima baik usahasama bangunkan pelancongan
Berita Tempatan Politik

Kerajaan negeri terima baik usahasama bangunkan pelancongan

TERBAIK: Joachim memuji penganjuran diadakan.

RANAU: Kerajaan sentiasa menyambut baik usaha dilakukan mana-mana pihak yang mahu membantu menarik pelancong ke kawasan pedalaman seperti Ulu Sugut.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, usaha seumpamanya dilihat sekali gus dapat membantu menjana pendapatan kepada masyarakat setempat.  


Beliau berkata demikian ketika melancarkan ‘3rd Ulu Sugut Offroad Challenge’ yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Ulu Sugut di Kampung Wayan Sugut, semalam.


Katanya, penganjuran seumpamanya sudah pasti mampu menarik pelancong ke Ulu Sugut yang sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan pelancongan.


“Aktiviti seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama peserta serta dengan penduduk kampung,” katanya.


Acara berkenaan berlangsung sehingga 30 April dan melibatkan para peserta yang datang dari Kota Kinabalu, Ranau, Kota Marudu dan Sandakan.


Joachim dalam pada itu turut meluluskan peruntukan bagi membina sebuah dewan terbuka di Kg. Wayan bagi kegunaan penduduk kampung mengadakan aktiviti-aktiviti bermanfaat.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Jaminus Agang berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Joachim, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, individu persendirian dan persatuan untuk program ini.

— Yap Siong Han