Home » 21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India
Berita Am Berita Luar Negara

21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India

Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad. – Gambar media sosial

KERALA, INDIA: Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad, lapor media tempatan.

Insiden berkenaan berlaku di Thooval Theeram, berhampiran Tanur di daerah Malappuram selepas pukul 7 malam, kata Menteri Perikanan dan Pembangunan Pelabuhan India, V Abdul Rahman.

Menurut penduduk tempatan, bot itu berlepas dari pantai pada sekitar pukul 7 malam dan terbalik setelah bergerak sehingga 300 meter. 

Mereka mendakwa, bot berkenaan terbalik dalam masa beberapa minit saja sehingga menyebabkan ramai penumpang khususnya yang berada di dek bawah lemas.

Beberapa penumpang yang terselamat dalam insiden itu pula mendakwa, bot berkenaan yang mempunyai kapasiti 22 orang telah mengangkut lebih daripada 40 penumpang selain tidak menyediakan jaket keselamatan.

AWANI